Sunday, 15 May 2016


Khasiat Pokok Kucing Galak


Assalamualaikum, Hai?

Pernah dengar tak mengenai pokok kucing galak? Saya sebenarnya first time tahu mengenai pokok ini semasa buat esaimen untuk subjek biodiversity. Kawan yang suggest untuk pilih pokok tu, dalam hati "pokok apa tu??". Pokok Kucing Galak atau nama saintifiknya ialah Acalypha Indica ialah sejenis pokok herba yang mempunyai banyak khasiat. ‘Acalypha Indica‘ yang tumbuh liar ini berasal dari India dan di negara-negara sebelah sini. Pokok ini adalah dari jenis berbatang lembut, berdaun dan berbuah hijau. Pokok herba yang kurang dikenali ramai ini mempunyai banyak khasiat kepada kesihatan manusia, ia dapat mengubati seperti ulser mulut, batuk, penyakit kulit dan untuk menambahkan tenaga.


Menurut Dr. Mohd Said Saad(Ketua Pusat Sumber Genetik Tumbuhan, Institut Biosains UPM), khasiat pokok kucing galak ini terletak pada bahagian akar dan daun.


Secara umumnya, untuk mendapatkan khasiat pokok kucing galak langkah berikut;



1. Ambil bahagian akar atau daun pokok kucing galak (pilih salah satu aje).


2. Bersihkannya terlebih dulu.


3. Rebuskan akar atau daun tadi sampai ia mendidih.


4. Setelah mendidih, biarkan air rebusan itu suam.



Kemudian, teruskan dengan langkah berikut mengikut tujuan yang dikehendaki:



Ulser Mulut


Gunakan air rebusan tersebut untuk berkumur. Anda berkumur-kumurlah dengan air rebusan itu sebanyak 2 kali sehari. Iaitu pada waktu pagi dan sebelum masuk tidur.

Amalkan sehingga anda sembuh.



Penyakit Kulit


Basuh kawasan tubuh badan anda yang mengalami penyakit kulit. Lakukan petua ini setiap hari dan teruskan sehingga anda benar-benar sembuh.



Menambahkan Tenaga


Anda tapis dan minumlah air rebusan akar atau daun pokok kucing galak tadi. Amalkan meminumnya secara sederhana atau hanya apabila perlu. Sebagai contoh, minumlah segelas sebelum anda melakukan kerja berat dan tujuan lain yang seumpama dengannya.

Wednesday, 4 May 2016

Cara-cara Mengatasi Stress


Assalamualaikum, hai??
tadi tetiba rasa nak search mengenai cara nak mengatasi stress. Al-maklumlah sejak mula sambung belajar balik ni banyak sangat kerja nak kena buat, esaimen berbukit-bukit nak kena submit, dengan masalah family, percintaan oops, dengan masalah paling besar bagi student, well kekurangan duit lagi. Rasa berat je kepala dengan stress. Bila dah stress mulalah nak nangis, nak gaduh dengan orang, hahahaa. Godek-godek Mr. Google terjumpalah http://hafizamri.com/cara-mengatasi-stress-dan-tekanan/ . Mehh nak share sikit tips mengatasi stress :)

 
  • Jangan tinggal solat – Sebagai seorang umat islam, kita hendaklah melakukan perkara yang wajib dilaksanakan dan meninggalkan perkara yang salah. Dirikan lah solat lima waktu dan tingkatkan ibadah sunat akan membuat hati menjadi lebih tenang. Berdoa lah kepada Tuhan agar diberikan petunjuk dan masalah duniawi dapat diselesaikan dengan baik.
  • Positif – Semua orang senang untuk mengatakan “saya seorang yang positif” tapi sebenarnya susah hendak dilakukan. Untuk menjadi seorang yang positif, kita hendaklah kuatkan semangat diri dan yakin bahawa segala yang berlaku ada hikmahnya. Fikirlah yang baik dan jadikan lah diri kita sebagai seorang yang berani menerima dan mahu mengubah untuk menjadi lebih baik. Tambahan lagi, tiada siapa yang dapat mengubah diri anda selain daripada kemahuan anda sendiri.
  • Kawal emosi – Biasanya, tekanan akan menyebabkan mood menjadi tidak menentu. Adakalanya anda bermasam muka dan ada masanya anda akan marah secara tiba-tiba. Situasi tersebut adalah bergantung apa yang kita hadapi dan alami. Namun, semua itu tidak akan menyelesaikan masalah oleh itu adalah lebih baik jika kita mengawal emosi agar diri menjadi lebih tenang dan tidak mengikut perasaan.
  • Ambil masa anda – Luangkan masa untuk bersendirian dan tenangkan fikiran anda yang sedang bercelaru tersebut. Anda boleh pergi ke tempat yang anda rasa boleh menenangkan fikiran anda disamping mencari penyelesaian terhadap situasi yang berlaku. Dengan bersendirian anda mampu berfikir dengan lebih baik dan mengurangkan perasaan tekanan tersebut.
  • Luangkan masa dengan keluarga dan rakan anda – Ketika menghadapi tekanan, keluarga adalah penyembuh utama segala kedukaan di hati kita. Keluarga sentiasa ada di sisi kita ketika susah dan senang oleh itu bersama mereka adalah sesuatu yang membahagiakan dan mengembirakan. Selain itu, anda juga boleh meluangkan masa bersama rakan anda seperti beriadah dan makan malam bersama. Dengan itu, hati akan menjadi lebih ceria dari sebelumnya.

 

May Allah ease everything Template by Ipietoon Cute Blog Design