Cara-cara Mengatasi Stress
Assalamualaikum, hai??
tadi tetiba rasa nak search mengenai cara nak mengatasi stress. Al-maklumlah sejak mula sambung belajar balik ni banyak sangat kerja nak kena buat, esaimen berbukit-bukit nak kena submit, dengan masalah family, percintaan oops, dengan masalah paling besar bagi student, well kekurangan duit lagi. Rasa berat je kepala dengan stress. Bila dah stress mulalah nak nangis, nak gaduh dengan orang, hahahaa. Godek-godek Mr. Google terjumpalah http://hafizamri.com/cara-mengatasi-stress-dan-tekanan/ . Mehh nak share sikit tips mengatasi stress :)
- Jangan tinggal solat – Sebagai seorang umat islam, kita hendaklah melakukan perkara yang wajib dilaksanakan dan meninggalkan perkara yang salah. Dirikan lah solat lima waktu dan tingkatkan ibadah sunat akan membuat hati menjadi lebih tenang. Berdoa lah kepada Tuhan agar diberikan petunjuk dan masalah duniawi dapat diselesaikan dengan baik.
- Positif – Semua orang senang untuk mengatakan “saya seorang yang positif” tapi sebenarnya susah hendak dilakukan. Untuk menjadi seorang yang positif, kita hendaklah kuatkan semangat diri dan yakin bahawa segala yang berlaku ada hikmahnya. Fikirlah yang baik dan jadikan lah diri kita sebagai seorang yang berani menerima dan mahu mengubah untuk menjadi lebih baik. Tambahan lagi, tiada siapa yang dapat mengubah diri anda selain daripada kemahuan anda sendiri.
- Kawal emosi – Biasanya, tekanan akan menyebabkan mood menjadi tidak menentu. Adakalanya anda bermasam muka dan ada masanya anda akan marah secara tiba-tiba. Situasi tersebut adalah bergantung apa yang kita hadapi dan alami. Namun, semua itu tidak akan menyelesaikan masalah oleh itu adalah lebih baik jika kita mengawal emosi agar diri menjadi lebih tenang dan tidak mengikut perasaan.
- Ambil masa anda – Luangkan masa untuk bersendirian dan tenangkan fikiran anda yang sedang bercelaru tersebut. Anda boleh pergi ke tempat yang anda rasa boleh menenangkan fikiran anda disamping mencari penyelesaian terhadap situasi yang berlaku. Dengan bersendirian anda mampu berfikir dengan lebih baik dan mengurangkan perasaan tekanan tersebut.
- Luangkan masa dengan keluarga dan rakan anda – Ketika menghadapi tekanan, keluarga adalah penyembuh utama segala kedukaan di hati kita. Keluarga sentiasa ada di sisi kita ketika susah dan senang oleh itu bersama mereka adalah sesuatu yang membahagiakan dan mengembirakan. Selain itu, anda juga boleh meluangkan masa bersama rakan anda seperti beriadah dan makan malam bersama. Dengan itu, hati akan menjadi lebih ceria dari sebelumnya.
saya stress ni.. penulisan ilmiah ini sangat membantu.. TQ
ReplyDelete